Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“The Nun 2” Bersedia Untuk Menghantui Penonton Pada Musim Halloween Tahun Hadapan


The Nun 2 akan menjadi ansuran The Conjuring Universe seterusnya, dengan Michael Chaves (The Curse of La Llorona, The Conjuring: The Devil Made Me Do It) mengambil alih tugasan sebagai pengarah manakala Akela Cooper (Malignant) dikhabarkan sebagai penulis skrip. 

Bonnie Aarons akan kembali, dia sekali lagi memainkan watak syaitan yang dikenali sebagai Valak. Terbaru, Warner Bros. telah mengumumkan bahawa sekuel itu akan tiba di pawagam pada 8 September 2023.

Berikut adalah sinopsis plot The Nun 2 yang pertama: “1956 – Perancis. Seorang paderi dibunuh. Kejahatan sedang merebak. Sekuel kepada filem popular di seluruh dunia THE NUN akan mengikuti kisah SISTER IRENE ketika dia sekali lagi berhadapan dengan kuasa syaitan VALAK – THE DEMON NUN.”

Filem pertama yang diterbitkan pada 2018 ditetapkan pada tahun 1952 di Romania, dan nampaknya, sekuel kali ini ditetapkan hanya empat tahun kemudian dari peristiwa filem pertama. Watak Sister Irene dalam filem The Nun dilakonkan oleh Taissa Farmiga.

The Nun dianggap kejayaan komersial dengan mengutip AS$365 juta di box office seluruh dunia.


Dalam The Nun arahan Corin Hardy, “Seorang paderi dengan masa silam yang gelap dan orang baru di ambang ikrar terakhirnya, telah dihantar oleh Vatican untuk menyiasat kematian seorang biarawati muda di Romania dan menghadapi kuasa jahat dalam bentuk biarawati syaitan .”


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee