Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema akhirnya telah melancarkan trailer rasmi filem yang dinantikan Conjuring: The Devil Made Me Do Itmenampilkan bab paling gelap dalam dunia sinematik seram ciptaan James Wan. Trailer tersebut turut memaparkan pandangan pertama Patrick Wilson dan Vera Farmiga yang kembali meneruskan peranan utama sebagai Ed dan Lorraine Warren serta wajah kejahatan yang tidak pernah dilihat mereka.

Anda boleh tonton trailer The Conjuring: The Devil Made Me Do It dibawah. 

Sementara itu, MPAA secara rasmi memberi penarafan ‘R’ pada filem ketiga The Conjuring kerana ia memaparkan “keganasan dan beberapa adegan yang menganggu”. Filem arahan Michael Chaves ini akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam pada 4 Jun ini.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La LloronaMichael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey menjadi penerbit eksekutif filem ini. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam The Conjuring Universe, francais filem seram terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Antara filem seram dalam francais ini termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.

 

Related posts

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha