Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Video Terbaru “The Conjuring 3” Bawa Penonton Melihat Lebih Dalam Peristiwa Sebenar Yang Mengerikan


Warner Bros. Pictures telah melancarkan video belakang tabir filem arahan Michael Chaves, The Conjuring: The Devil Made Me Do It lakonan Patrick Wilson dan Vera Farmiga. Video tersebut memberikan beberapa rakaman baru yang menyoroti peristiwa sebenar yang menakutkan yang mengilhami kisah untuk filem ketiga yang akan datang. The Conjuring: The Devil Made Me Do It akan tiba di pawagam dan di HBO Max pada 4 Jun ini.

Anda boleh tonton video tersebut dibawah.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La LloronaMichael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey menjadi penerbit eksekutif filem ini. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam The Conjuring Universe, francais filem seram terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Antara filem seram dalam francais ini termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.


https://twitter.com/TheConjuring/status/1395408982991323138?s=20


Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee