Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir “The Conjuring 3”

Menjelang tayangan rasminya pada 4 Jun, Warner Bros. telah melancarkan trailer terakhir The Conjuring: The Devil Made Me Do It, yang memuatkan beberapa rakaman terbaru, menyoroti kes sebenar yang membuktikan kewujudan rasukan iblis. Selain itu juga, ia turut memaparkan adegan menakutkan dimana Ed Warren, lakonan Patrick Wilson, ditipu oleh entiti yang menyeramkan.

Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La LloronaMichael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey menjadi penerbit eksekutif filem ini. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam The Conjuring Universe, francais filem seram terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Antara filem seram dalam francais ini termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment