
Dua dekad selepas menganjurkan misi melarikan diri, wira-wira Chicken Run bakal membuat kemunculan semula pada penghujung tahun ini.Ā
Sekuel klasik ‘stop-motion’ yang telah lama ditunggu-tunggu, Chicken Run: Dawn of the Nugget, telah ditetapkan tayangan di Netflix pada 15 Disember ini. Trailer pertama juga telah dikeluarkan dan anda boleh lihatnya dibawah:
Dalam trailer tersebut, kita mengentahui cabaran yang bakal di hadapi Ginger dan Rocky apabila mereka bertembung dengan musuh yang dikenali iaitu Melisha Tweedy atau lebih dikenali sebagai Mrs.Ā
Mrs. Tweedy akan disuarakan legenda teater, filem dan televisyen Miranda Richardson.Ā Turut menyertai berisan pelakon suara ialah Peter Serafinowicz sebagai Reginald Smith.
Bintang Shazam! Zachary Levi akan menggantikan tempat Mel Gibson sebagai Rocky dan bintang Last of Use Bella Ramsey membawa watak baru Molly. Pelakon-pelakon suara yang lain terdiri daripada Jane Horrocks, Imelda Staunton, Lynn Ferguson, Josie Sedgwick-Davies, David Bradley, Romesh Ranganathan, Daniel Mays, dan Nick Mohammed.
Filem pertama Chicken Run, yang ditayangkan pada 2000 telah mengutip AS$225 juta, sekaligus menjadi animasi stop-motion paling laris sepanjang zaman.