Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Terpaksa Melepaskan Hakcipta Filem LEGO


Susulan prestasi buruk dua filem LEGO sebelum ini, studio Warner Bros. terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan hakcipta filem berdasarkan permainan tersebut. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Universal Pictures kini menjadi pemegang hakcipta eksklusif untuk penghasilan filem-filem LEGO.

Pertukaran pemegang hak bagaimanapun tidak menganggu status penerbit Dan Lin dan syarikat, Rideback. Lin yang menghasilkan empat filem LEGO akan terus dikekalkan dibawah pengurusan Universal.

Filem pertama LEGO mula memasuki arean perfileman pada tahun 2014 menerusi filemĀ The LEGO Movie.Ā Filem pertama ini berjaya mencipta kejutan dengan kutipan sebanyak $468.1 juta dolar seluruh dunia. Bagaimanapun, filem-filem LEGO mengalami kesukaran untuk menarik minat penonton selepas itu.

Filem spin off berjudulĀ The LEGO Batman Movie mencatatkan penurunan kutipan tiket kepada $312 juta dolar seluruh dunia, dan diikuti filemĀ The LEGO Ninjago MovieĀ yang hanya meraih $123.1 juta dolar seluruh dunia. Filem The LEGO Movie 2: The Second Part merupakan kemuncak kepada kegagalan francais LEGO selepas hanya mampu meraih $191.3 juta dolar seluruh dunia, walaupun filem itu disuarakan pelakon terkenal Chris Pratt.Ā The LEGO Movie 2: The Second Part dihasilkan dengan modal pembikinan sebanyak $100 juta.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee