Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Filem Terbaru Christopher Nolan, Tenet Telah Dilancarkan!

Peminat-peminat Christopher Nolan pasti tidak akan melepaskan peluang menonton filem terbarunya yang berjudul Tenet. 

Setelah lama berspekulasi bilakan trailer pertama Tenet akan dilancarkan, akhirnya studio Warner Bros. memberikan pandangan pertama filem tersebut menerusi trailer rasmi yang dilancarkan awal pagi tadi.

Tenet digambarkan sebagai sebuah pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik sering dilakukan dalam filem-filem arahannya. Selain menulis dan mengarah, Nolan menerbitkan filem ini bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Warner Bros. telah menetapkan tarikh tayangan Tenet iaitu pada 17 Julai 2020.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment