Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin-Off & Filem Wanita ‘Fast & Furious’ Kini Sedang Dalam Pembangunan – Vin Diesel


Dunia Fast & Furious semakin berkembang!

Menurut penerbit, Vin Diesel, beberapa filem spin-off dan filem yang diterajui pelakon wanita kini sedang dalam pembangunan. 

Bercakap kepada Variety baru-baru ini, Diesel mendedahkan bahawa spin-off yang akan memberi fokus pada watak wanita kini sedang dibangunkan. Dia juga berkata lagi bahawa sebaik sahaja filem utama tamat, dia boleh “melancarkan kesemua spin-off.”

“Saya mula membangunkan spinoff wanita…pada 2017 dengan spinoff lain, dan lebih cepat saya memberikan finale, lebih cepat saya boleh melancarkan semua spinoff,” kata Diesel.

Filem spin-off Fast & Furious yang diterajui wanita telah diusahakan selama bertahun-tahun. Seperti yang dinyatakan oleh Diesel dalam kenyataannya, perbincangan mengenainya bermula pada 2017.


Pada 2019, menerusi akaun Instagram miliknya, Diesel membayangkan bahawa penulis Nicole Perlman, Lindsey Beer, dan Geneva Roberston-Dworet telah menyertai projek itu selepas mengemukakan idea filem tersebut kepadanya. 

Bagaimanapun, pada masakini, tidak dipastikan sama ada kesemua penulis itu masih terlibat dalam projek. 

Filem kesepuluh dalam siri utama Fast & Furious, Fast X, telah dilancarkan dipawagam. Sekuel kepada finale itu juga bakal menemui penonton pada 2025. 


Related posts

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee

Vin Diesel Bengang Dengan Lakonan ‘Berlebihan’ Jason Momoa Dalam ‘Fast X’

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

‘Fast X’ Gagal Atasi Kutipan Minggu Pembukaan ‘Fast 9’

Kakimuvee

Review Filem: Fast X (2023)

Kakimuvee

Babak Kredit ‘Fast X’ Bakal Mengejut Peminat ‘Fast & Furious’

Kakimuvee