Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vin Diesel Bengang Dengan Lakonan ‘Berlebihan’ Jason Momoa Dalam ‘Fast X’


Jason Momoa telah menarik perhatian peminat Fast & Furious dengan watak penjahat Dante Reyes yang sangat bersemangat tetapi lucu. Namun terdapat gosip hangat dari website hiburan RadarOnline, yang mengatakan Vin Diesel tidak berpuas hati dengan cara Momoa melakonkan wataknnya. 

Dalam laporan terbaru laman tersebut, Diesel menyalahkan Momoa atas ulasan negatif yang diterima Fast X. Walaupun mengecapi kejayaan box office, filem terbaru Fast & Furious itu telah menerima ulasan negatif, dengan pengkritik mengelar filem itu memiliki plot dan aksi yang pelik. 

Meskipun lakonan Momoa sebagai Dante dipuji peminat, laporan itu menyatakan bahawa Diesel tidak gembira apabila Momoa menjadi satu-satunya bintang yang mendapat perhatian penonton. 

“Vin berasa malu apabila Jason dianggap sebagai satu-satunya titik terang dalam filem itu dan mencuri popularitinya dalam francais yang dia bina sendiri,” kata sumber kepada RadarOnline.

Sumber turut mengatakan bahawa Diesel telah memberitahu ramai orang bahawa sifat Momoa yang “berlebihan” dan “mencuri-perhatian” adalah faktor yang menyebabkan Fast X menerima ulasan yang buruk, dan menjejaskan filem itu.


Laporan RadarOnline juga menyebut bahawa Momoa sedar tentang perasaan Diesel, walaupun tidak jelas sama ada ini akan membawa kepada sebarang perubahan atau tidak.

Ini bukan kali pertama Diesel mempunyai masalah dengan rakan pelakonnya dalam francais Fast & Furious. Sebelum ini, dia dan Dwayne Johnson turut berhadapan dengan pertikaian yang sangat popular di kalangan peminat, sehingga menyebabkan bekas penggusti WWE itu meninggalkan francais. 

Walaupun isu-isu itu telah selesai, nampaknya Diesel masih sangat sensitif dengan francais yang dijaga dan paling disayanginya itu.

Fast X kini sedang ditayangkan di pawagam. 


Related posts

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Spin-Off & Filem Wanita ‘Fast & Furious’ Kini Sedang Dalam Pembangunan – Vin Diesel

Kakimuvee

‘Fast X’ Gagal Atasi Kutipan Minggu Pembukaan ‘Fast 9’

Kakimuvee

Review Filem: Fast X (2023)

Kakimuvee

Babak Kredit ‘Fast X’ Bakal Mengejut Peminat ‘Fast & Furious’

Kakimuvee