Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Fast X (2023)


Tahukah anda, misi menghancurkan satelit adalah cabaran paling mudah buat Dominic Torretto dan keluarganya, tetapi misi melawan orang gila yang menguasai pelbagai teknologi sudah cukup membuatkan Dom dan, sekali lagi, keluarganya, menjadi mental, termasuklah penonton yang menyaksikan filem terbaru Fast X. 

Seperti biasa, jika anda mahukan logik, sila pergi menonton dokumentari kerana¬†Fast X¬†meningkatkan lagi kegilaan tahap filem Tamil yang bukan sahaja membuatkan kepala otak anda dipenuhi dengan formula-formula matematik dan fizik bagi menjustifikasikan logikal aksi dalam filem tersebut, malah membuatkan anda merenung seketika akan sebab kenapa anda hadir ke panggung wayang menonton sebuah filem… yang anda tahu, tidak pernah logik sejak Tokyo Drift.¬†

Ya, Vin Diesel memahami anda, tidak kiralah apa jua jalan ceritanya, yang penting dia dan krew filem sukses memberikan aksi yang meningkatkan adrenalin, melajukan kunyahan popcorn dan membuatkan anda kekal ditempat duduk, dari mula sehinggalah ke penghujung filem. 

Ops!¬†Fast X¬†berbeza sedikit, berbeza penjahat dan berbeza nasib Dom dan keluarganya. Mereka tidak lagi kebal, Cipher telah bertaubat, dan yang berada di alam barzakh menemui pintu keluar ke alam kehidupan. Tiada apa yang pelik dalam francais Fast & Furious¬†melainkan ‘twist’ melangkaui level Christopher Nolan.

Masih ingatkah anda dengan kegilaan Dom dan Brian, melarikan peti besi seberat berpuluh tan di kotaraya sibuk Rio de Janeiro, Brazil sambil dikejar puluhan kereta polis berprestasi tinggi? Thanos sudah bosan melihat konco-konconya gagal mengutip batu-batu Infinity, dan dia membuat keputusan untuk merampasnya sendiri atas alasan keluarga, maka lahirlah Dante Reyes, anak kepada ketua kartel yang dibunuh, Hernan Reyes, yang agak tidak ‘center’ kepala otaknya.¬†


Walaupun dia merupakan bekas pesakit Tanjung Rambutan, Brazil, Dante sangat bijak, sangat penyabar, mengkaji setiap gerak-geri Dom dan sekutunya, dan sengaja membiarkan Cipher yang bersusah payah mencipta teknologi baru demi untuk menewaskan Dom. Apa yang hanya dia perlu buat, merampas segala benda milik Cipher, merancang pelan untuk bermain kejar-kejar dengan Dom, dan seterusnya melengkapkan misinya – bukan menguasai dunia, tetapi membalas dendam terhadap Dom.

Jika ‘keluarga’ melawan penjahat yang ingin menawan dunia, sudah tentu kuasa ‘keluarga’ mudah untuk mengatasinya. Bagaimana jika ‘keluarga’ melawan ‘keluarga’? susah kita hendak jangkakan bukan? Filem mesra keluarga ini menyaksikan buat pertama kalinya Dom dibolosi banyak gol, seperti Liverpool berkenduri gol semasa melawan Manchester United pada awal bulan Mac yang lalu.¬†

Jelas sekali kekecewaan di wajah Dom dengan Dante melompat-lompat mengejeknya seperti budak kecil. Roman dan Tej juga seperti De Gea dan Harry Maguire, yang masih lagi tidak ‘sebulu’ dan masih belum matang. Disebabkan penjahat baharu setahap Thanos, maka ‘twist’ berlaku. Bak kata pepatah Cipher, ‘musuh kepada musuhku adalah ‘bff'”. Ah! persetankan kisah lampau, fokus pada duologi finale¬†Fast & Furious,¬†atau mungkin trilogi? Dante lagi jahat dari Cipher, dan Dante memburu, bukan sahaja Dom, tetapi sekutu yang pernah menolong Dom, malah orang jahat yang melawan Dom pun dia sapu.¬†

Jalan cerita yang sedikit segar dengan motivasi Dante memberikan keterujaan kepada penonton, yang pada asalnya hadir ke panggung wayang untuk melihat adakah benar Dom akan berlumba di Bulan. Hajat masih belum tiba, mungkin di filem akan datang, tetapi Fast X agak menarik kerana ia menghimpunkan ramai muka-muka yang kita kenal dari filem-filem terdahulu, termasuklah orang sepatutnya mati kerana jatuh dari kapal terbang, tetapi muncul semula dengan wajah yang licin tanpa sebarang parut. 

Bagi yang hairan kenapa filem ini berakhir dalam keadaan tergantung, harus diingat, walaupun tiada tajuk kecil ‘Part 1’,¬†Fast X¬†adalah filem pertama dari dua finale yang dirancang. Jika Vin Diesel mahu hasilkan trilogi, saya tetapi sokong, namun apa yang pasti, filem kali ini memberi peluang penjahat merasai manis kemenangan. Cuma sedikit terkilan, sepatutnya pengarah memaparkan Dante membuat parti barbeque sepertimana Dom meraikan kemenangannya di setiap filem.¬†

Banyak persoalan timbul diakhir filem, apakah nasib keluarga Dom? adakah Dom dan anaknya akan selamat dari malapetaka yang kita semua tahu, agak mustahil untuk selamat. Apa yang pasti,¬†Fast X¬†tidak peduli dengan penonton yang asyik ‘complain’ tidak logik, tapi bila disuruh tengok dokumentari, dibantainya tidur. Sangat menghiburkan, sangat mendebarkan, deruman enjin kereta dan jet kayak yang tidak henti-henti, dan yang paling penting, sudah makin ramai menyayangi Jason Momoa.¬†

Anda masih belum tonton Fast X? jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berdekatan anda!. 

Rating Kakimuvee

3.5/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee