Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Fast X’ Gagal Atasi Kutipan Minggu Pembukaan ‘Fast 9’


Filem terbaru Vin Diesel, Fast X berjaya mengungguli carta box office domestik AS minggu lalu apabila mengutip AS$67.5 juta pada minggu pembukaan tayangannya, menurut Deadline.

Walaupun bermula baik, angka yang direkodkan itu sangat rendah berbanding beberapa filem dalam francais Fast & Furious: Furious 7 (AS$147 juta), The Fate of the Furious (AS$98 juta), Fast and Furious 6 (AS$97juta), Fast Five (AS$86 juta), Fast & Furious (AS$70.9 juta), dan F9: The Fast Saga (AS$70 juta).

Melihat pada prestasi filem terdahulu, Fast X dijangka mengutip sekurang-kurang AS$80 juta pada minggu pembukaannya selepas menggambil kira kos pembikinan sekitar AS$340 juta. Bagaimanapun ia masih dianggap pembukaan yang baik untuk filem terbaru itu.

Dipasaran antarabangsa, sekuel terbitan Universal itu telah berjaya mengutip AS$251 juta di 84 buah pasaran, memberikan jumlah terkumpul untuk minggu pembukaan sebanyak AS$319 juta.

Sementara itu, kutipan Guardians of the Galaxy Vol. 3 dipasaran domestik AS menyusut sebanyak 47 peratus, iaitu mengutip AS$32.7 juta, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak AS$267.2 juta. Di pasaran global, Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah mengumpul jumlah kutipan sebanyak AS$660 juta.


 

 


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee