
Nampaknya, watak kegemaran peminat ‘Fast & Furious’ bakal kembali selepas babak kredit ‘Fast X’ mendedahkan kemunculan semula watak itu dalam siri filem aksi popular itu.
Menurut TheWrap, watak Luke Hobbs lakonan Dwayne Johnson telah muncul dalam babak kredit filem terbaru Fast & Furious.
Penampilan Hobbs dalam babak kredit itu jelas tidak dijangka memandangkan dakwaan Johnson yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali ke francais Fast & Furious.
Pada Disember 2021, Johnson bercakap kepada CNN tentang kekecewaannya terhadap bintang utama Vin Diesel dan keputusannya untuk keluar daripada francais Fast & Furious.
Sekuel akan datang dibarisi pelakon seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, John Cena, Jason Statham, and Scott Eastwood, yang memainkan peranan masing-masing dalam filem tersebut.
Ansuran kesepuluh itu juga membariskan pendatang baharu francais seperti Jason Momoa (Aquaman), Daniela Melchior (The Suicide Squad), Brie Larson (Captain Marvel), dan Alan Ritchson (Reacher).
Fas X diarahkan oleh Louis Leterrier, dan ditulis oleh Justin Lin dan Dan Mazeau, dengan Lin berkhidmat sebagai penerbit.