Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tobey Maguire & Andrew Garfield Dikhabarkan Bakal Sertai Spider-Man 3


Spider-Man 3 terus menaburkan khabar-khabar angin yang akan membuatkan peminatnya tidak senang duduk. Jika sebelum ini telah dilaporkan bahawa Tom Hardy mungkin akan membuat kemunculan dalam filem akan datang, kali ini FandomWire pula menyebarkan perkhabaran yang cukup menarik.

Dikhabarkan, dua bekas pelakon Spider-Man, Tobey Maguire (trilogi Spider-Man Sam Raimi) dan Andrew Garfield (The Amazing Spider-Man 1 & 2) telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam filem Spider-Man 3.  Menurut FanDomWire lagi, kedua-dua pelakon itu akan menjadi Spider-Man, yang muncul membantu Tom Holland di penghujung filem untuk menewaskan beberapa musuh, termasuk Electro. 

Setakat ini, sumber dari FanDwomWire masih belum disahkan, tetapi jika Sony merancang untuk menghasilkan Spider-Verse versi ‘live-action’, penglibatan Maguire dan Garfield boleh dikatakan masuk akal. Apapun, seperti biasa, kita nantikan pengumuman rasmi dari studio Sony Pictures. 

Spider-Man 3 menyaksikan Jamie Foxx kembali meneruskan peranannya sebagai Electro, manakala Benedict Cumberbatch akan membawa watak Doctor Strange dalam filem akan datang. Tom Holland dan Zendaya meneruskan peranan mereka sebagai Peter Parker dan MJ, manakala Jacob Batalon dan Marisa Tomei dijangka kembali meneruskan watak masing-masing.

Filem terbaru MCU / Sony ini diarahkan oleh  Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal bertindak sebagai penerbit eksekutif. Spider-Man 3 akan ditayangkan dipawagam pada 5 November 2021


 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee