Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hardy Mungkin Dibawa Masuk Dalam Filem Spider-Man 3?

Beberapa minggu yang lalu, Spider-Man 3 telah memberikan perkembangan terkini yang cukup mengejutkan peminat. 

Ianya bermula dengan berita kepulangan semula Jamie Foxx sebagai Electro. Foxx sebelum ini telah memainkan peranan villain itu dalam filem 2014, The Amazing Spider-Man 2. 

Kemudian, penglibatan bintang Doctor Strange, Benedict Cumberbatch terus mengujakan peminat. Setakat ini tidak diketahui apa peranan Doctor Strange dalam filem akan datang. Mungkin sebagai mentor kepada Peter Parker selepas ketiadaan Tony Stark dan Nick Fury. 

Kini, terdapat laporan baru yang mungkin membuatkan peminat Spider-Man tidak senang duduk!

Laman The Direct telah kongsikan khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat “keinginan” dari Marvel Studios dan Sony Pictures untuk membawa masuk Venom, lakonan Tom Hardy ke dalam filem Spider-Man 3. 

Buat masa ini, masih belum ada perbincangan diantara kedua-dua studios terbabit, dan kemungkinan besar Venom hanya muncul sebagai ‘cameo’. 

Kemunculan watak anti-hero itu dalam filem Spider-Man 3 pasti memberi keterujaan, lebih-lebih lagi selepas diberitakan bahawa bakal terdapat ‘crossover’ diantara Spider-Man dan Venom. 

Apapun, buat masa ini ia dianggap khabar angin, dan hanya terbukti benar selepas disahkan Marvel Studios atau Sony Pictures. 

 

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee