Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth & Yahya Abdul-Mateen II Bintangi Filem Spin-Off Mad Max: Fury Road, FURIOSA

Pengarah Mad Max: Fury Road, George Miller baru-baru ini mengesahkan bahawa dia merancang untuk menghasilkan prekuel yang memberi fokus pada watak Furiosa sewaktu masih muda sebelum dia menjadi Imperator yang ditakuti oleh Imperator Joe. 

Kini, Deadline melaporkan bahawa spinoff Mad Max: Fury Road telah mendapat lampu hijau dari Warner Bros. Bintang The New Mutants Anya Taylor-Joy akan memainkan watak muda Furiosa manakala bintang Avengers: Endgame, Chris Hemsworth dan Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II turut menyertai barisan pelakon. 

Tiada perincian mengenai watak Hemsworth atau Abdul Mateen, tetapi panggilan pelakon sebelum ini menyatakan akan terdapat watak penjahat bernama Dementus, yang digambarkan seorang lelaki yang memiliki ketampan luarbiasa, dan berparut di mukanya. 

Produksi Furiosa dijangka bermula sebaik sahaja Miller menyelesaikan penggambaran filem terbarunya, Three Thousand years of Longing. 

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment