Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

‘Deleted Scene’ THE NEW MUTANTS Paparkan Pertemuan Yang Cukup Tegang Antara Magik, Wolfsbane & Mirage

Agak hairan sebenarnya kenapa filem The New Mutants tidak ditayangkan di Malaysia. Sudah tentu, pasti ada peminat yang kecewa kerana tidak dapat menonton filem terakhir francais X-Men itu.

Walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan The New Mutants akan dilancarkan di platform penstriman Disney+, laman ComicBookMovie mendedahkan bahawa filem terbaru itu akan dikeluarkan dalam versi Blu-ray pada bulan hadapan. 

Bukan itu sahaja, laman tersebut kongsikan salah-satu babak dipotong dari filem The New Mutants. Anda boleh saksikannya dibawah. 

Selain dari yang dipaparkan dalam video diatas, Blu-ray The New Mutants turut mengandungi enam lagi babak yang dipotong: 

  • Roberto Suns & Dani Climbs
  • “Everybody’s Type” & Chores
  • Dani’s Nightmare – Alt
  • “I Need to Cool Off”
  • “We’re on Lockdown”
  • Take out the Source

Diadaptasi dari komik Marvel berjudul samafilem terakhir X-Men ini mengisahkan tentang sekumpulan mutant muda yang telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

Filem ini dibintangi pelakon seperti Anya Taylor-Joy (Glass), Maisie Williams (Game of Thrones), Charlie Heaton (Stranger Things), Henry Zaga (The Stand) dan Blu Hunt (The Originals) serta Alice Braga (I Am Legend). 

Versi Digital, 4K Ultra HD, Blu-ray dan DVD The New Mutants akan mula dikeluarkan pada 17 November ini.

Related posts

“Deleted Scene” Black Widow Tunjuk Kepintaran Natasha, & Menggoda Pasukan Superhero ‘Thunderbolts’

Kakimuvee

Klip Video “Candyman” Tunjuk Kenapa Anda Tidak Boleh Sebut Namanya

Kakimuvee

Kereta Api ‘Dijahanamkan’ Dalam Video Terbaru Set Penggambaran “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Deleted Scene “Ant-Man and The Wasp” Dedah Bagaimana Janet Van Dyne Boleh Bertahan Di Quantum Realms

Kakimuvee

[SPOILER] ‘Alternate Ending’ Black Widow Bocor Di Media Sosial

Kakimuvee

Jacob Anderson Sertai Siri 13 Doctor Who

Kakimuvee

Leave a Comment