Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan WONDER WOMAN 1984 Akan Diubah Ke Disember Sekiranya TENET Ditangguhkan


Setakat ini, tarikh tayangan filem terbaru Christopher Nolan, Tenet masih lagi kekal pada 17 Julai 2020.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan ia akan ditangguhkan, dan sekirannya berlaku, penangguhan tersebut akan memberi impak pada kesemua tarikh tayangan filem terbitan Warner Bros. untuk tahun ini.

Menurut laporan terbaru dari Deadlinepihak studio mahu sekurang-kurangnya 80% pawagam di seluruh dunia (termasuk New York, Los Angeles dan San Francisco) dibuka menjelang Julai ini, bagi membolehkan filem Tenet ditayangkan mengikut jadual.

Jika keadaan mengizinkan, Tenet akan dapat dilancarkan di 3 500 pawagam domestik Amerika Syarikat dan lebih dari 30,000 pawagam di seluruh dunia.

Jika gagal, Tenet akan ditunda ke tarikh tayangan Wonder Woman 1984 iaitu pada 14 Ogos, manakala filem adiwira DC arahan Patty Jenkins itu akan diubah ke Disember 2020.


Perubahan itu juga mungkin akan memberi impak kepada satu lagi filem edaran Warner Bros. iaitu Dune yang dijadualkan tayangan pada 18 Disember ini. Berkemungkinan besar filem arahan Denis Villeneuve akan ditunda ke tahun hadapan.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee