Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jessica Alba Bintangi Filem Aksi Thriller Berjudul TRIGGER WARNING

Variety melaporkan bahawa calon Anugerah Golden Globe, Jessica Alba (Fantastic Four; Sin City) bakal membintangi filem aksi / thriller terbaru berjudul Trigger Warning.

Filem tersebut bakal disiarkan di portal penstriman terkenal Netflix. dan digambarkan berpotensi untuk dikembangkan sebagai sebuah francais.

Trigger Warning akan menyaksikan Alba berperanan sebagai seorang veteran perang yang trauma. Dia mewarisi bar datuknya dan berhadapan dengan dilema moral setelah menemui kebenaran di sebalik kematiannya datuknya. Maklumat lanjut tidak tersedia buat masa ini

Pembikin filem Indonesia, Mouly Surya (Marlina the Murderer in Four Acts; What They Don’t Talk About When They Talk About Love) telah dipilih untuk mengarahkan filem ini berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Josh Olson (Batman: Gotham Knight) dan John Brancato (Terminator 3: Rise of the Machines; Terminator Salvation)

Basil Iwanyk (Sicario; John Wick: Chapter 3 – Parabellum) dan Erica Lee (Sicario; John Wick: Chapter 3 – Parabellum) akan bertindak selaku penerbit, manakala Alba sebagai penerbit eksekutif.

Netflix berharap, filem terbaru ini akan mengulangi kejayaan Spenser Confidential lakonan Mark Wahlberg dan Extraction lakonan Chris Hemsworth.

Trigger Warning mungkin akan memulakan penggambaran hujung tahun ini, dan menemui penonton pada tahun hadapan.

 

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment