Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SUPERMAN LEGACY: Adik Beradik Skarsgård Disenarai Pendek Untuk Watak Lex Luthor


Kemaskini ujibakat Superman: Legacy telah mendedahkan beberapa pilihan pelakon untuk watak Lex Luthor. 

Sebelum ini, The Hollywood Reporter telah mendedahkan proses pencarian pelakon setakat ini untuk filem Superman: Legacy, dengan mengesahkan bahawa Nicholas Hoult, David Corenswet, dan Tom Brittney sedang diujibakat untuk watak Clark Kent/Superman, manakala Emma Mackey, Rachel Brosnahan, dan Phoebe Dynevor untuk peranan Lois Lane. 

Kesemua pelakon dilaporkan telah menjalani beberapa ujian skrin untuk watak Superman dan Lois Lane, cuma pemutus siapa yang akan membawa watak tersebut buat masa ini masih belum diketahui. 

Laporan itu turut menyebut bahawa, pelakon untuk watak Lex Luthor telah disenarai pendek, dengan Alexander dan Bill Skarsgård antara yang disenarai pendek. 

Tidak dipastikan sama ada Hoult turut mencuba peranan Luthor selain Superman. Hoult sebelum pernah menyatakan hasratnya untuk memainkan watak penjahat. 


Selain itu juga, watak-watak dalam kumpulan adiwira DC The Authority juga telah melakukan beberapa proses ujian skrin. 

“Superman: Legacy mengisahkan perjalanan Superman untuk mendamaikan warisan Kryptoniannya dengan didikan manusia sebagai Clark Kent dari Smallville, Kansas,” menurut sinopsis rasmi filem itu. “

Dia adalah perwujudan kebenaran, keadilan dan cara Amerika, dipandu oleh kebaikan manusia di dunia yang melihat kebaikan sebagai cara lama.”

Penggambaran Superman: Legacy dijangka bermula pada awal 2024, dan akan ditayangkan pada 11 Julai 2025.

 

Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee