
Tarikh tayangan musim 2 The First Responders telah didedahkan, iaitu pada 4 Ogos 2023.
Dibintangi Kim Rae Won, Son Ho Jun dan Gong Seung Yeon, The First Responders ialah sebuah drama tentang anggota pasukan polis, bomba dan pasukan paramedik ketika mereka berkumpul untuk membantu bandar mereka dalam apa jua cara yang mereka boleh lakukan.
Musim 1 mula disiarkan pada November lalu dan menamatkan tayangan 12 episodnya pada penghujung 2022.
Musim akan datang bertajuk “The Police Station Next to the Fire Station and the National Forensic Service,” dan akan mempertingkatkan lagi kerjasama diantara pasukan bomba yang tugasnya memadam kebakaran, pasukan polis yang menangkap penjenayah, dan Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS) yang mencari bukti kerana mereka menghadapi kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kim Rae Won, Son Ho Jun dan Gong Seung Yeon akan kembali memainkan peranan mereka sebagai Jin Hoe Gae, Bong Do Jin dan Song Seol.
The First Responders Musim 2 ditetapkan tayangan pada 4 Ogos jam 10 malam. KST
Sumber: Soompi