Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom


Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Warner Bros. ‘berputus asa’ untuk mempromosikan filem Aquaman and the Lost Kingdom. 

Namun, rakaman pertama filem sekuel arahan James Wan itu akhirnya dikeluarkan malam semalam. Teaser berdurasi 30 saat itu mungkin membangkitkan semangat segelintir peminat DC yang tidak sabar untuk menyaksikan penggambaraan Arthur Curry seterusnya.

Tetapi, terdapat sekilas rakaman yang telah mencuri perhatian peminat, iaitu CGI Atlanna lakonan Nicole Kidman yang kelihatan agak…buruk. 

Beberapa tangkap layar dan potongan pendek yang memaparkan watak itu telah dikongsikan peminat di media sosial, dan rata-ratanya mengatakan ia agak ‘sakit mata’ untuk melihatnya. 

Pada awalnya peminat menyangka ia hanya makhluk air berkualiti rendah, namun setelah diamati, barulah menyedari bahawa itu adalah ibu Aquaman. 


Anda boleh lihat CGI Atlanna dibawah, dan berikan pendapat mengenai CGI yang kelihatan tidak begitu memberangsangkan itu.

“Setelah gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta, masih didorong oleh keinginan untuk membalas dendam kematian bapanya, tidak akan berhenti untuk menewaskan Aquaman sekali lagi dan untuk selamanya,” menurut sinopsis filem itu.

“Kali ini Black Manta lebih hebat daripada sebelumnya, menggunakan kuasa mitos Black Trident, yang melepaskan kuasa purba dan jahat. Untuk mengalahkannya, Aquaman akan berpaling kepada saudaranya yang dipenjarakan, Orm, bekas Raja Atlantis, untuk menjalin pakatan yang tidak mungkin. Bersama-sama, mereka mesti mengetepikan perbezaan mereka untuk melindungi kerajaan mereka dan menyelamatkan keluarga Aquaman, dan dunia, daripada kemusnahan yang tidak dapat dielakkan.”

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan Aquaman and The Lost Kingdom pada 20 Disember 2023. 


Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

The Batman – Part II Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Robin/Dick Grayson

Kakimuvee