Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Entertainment Mungkin Jual Division Filem & Televisyen?


Kazuo Hirai

Berita yang agak menarik yang sudah tersebar dibeberapa laman web hiburan antarabangsa. Dilaporkan pihak Sony Entertainment akan menjual divisyen filem dan televisyen kepada pihak yang berminat dan akan menjadi sebuah syarikat teknologi sepenuhnya.

Menurut laman web comicbookmovie.com serta beberapa laman web seperti The Wrap, Deadline Hollywood, dan Variety, berita berkenaan menyusul selepas CEO Sony Entertainment, Kazuo Hirai melepaskan jawatannya dan bakal diganti dengan Kenichiro Yoshida. Pengunduran Kazuo menyebabkan masa depan Sony Entertainment menjadi tanda tanya kerana Kazuo dikenali sebagai individu yang begitu lantang dan kuat mengukuhkan Syarikat Sony Entertainment.

Penggantinya, Kenichiro Yoshida dilihat lebih mementingkan sektor teknologi berbanding hiburan. Ini menjadi tanda tanya sama ada Sony bakal menjual divisyen filem dan televisyen mereka kepada pembida tertinggi.

Jika benar pihak Sony ingin menjual bahagian hiburan mereka, Disney mungkin antara syarikat yang akan berminat untuk membelinya memandangkan pihak Sony memegang hak karakter Marvel Spider-Man dan juga beberapa franchise filem terkenal yang mampu memberi keuntungan besar kepada pihak studio seperti Jumanji dan Ghosbuster. 

Apapun berita mengenai penjualan aset Sony masih diperingkat spekulasi, kita nantikan perkembangannya dari semasa ke semasa.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee