Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Evangeline Lilly Dedahkan Peranannya Dalam Filem Avengers 4

Filem keempat Avengers yang masih belum mempunyai tajuk itu bakal menyaksikan himpunan para superhero filem-filem Marvel dalam satu filem. Tidak ketinggalan juga superheroin The Wasp yang dibintangi oleh Evangeline Lilly.

Superheroin dari filem Ant-Man itu akan turut bersama-sama superhero lain untuk menentang Thanos dan kuncu-kuncunya dalam filem keempat Avengers itu. Cuma menurut aktres berkenaan, peranan The Wasp dalam filem tersebut tidak begitu besar dan terhad. Pendedahan yang dibuat oleh Evangeline Lilly di laman Instagram beliau pasti mengecewakan peminat yang ingin melihat wataknya sama penting dengan karakter superhero lain.

“I will appear in Avengers 4. Not very much, so don’t get your hopes up. Not going to be a ton. But I’m in there! And I’m proud to be in there, and I’m stoked to be in there.”

Evangeline Lilly akan muncul dalam filem Ant-Man & The Wasp pada 5 Julai 2018 dan Avengers 4 yang akan ditayangkan pada 3 May 2019 bagaimananya nama aktres ini tiada dalam senarai pelakon filem Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan tahun ini.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee