
Terdapat perancangan untuk filem Mission: Impossible seterusnya selepad Dead Reckoning Part 1 dan 2.
Ansuran ketujuh siri Mission: Impossible akan tiba di pawagam pada bulan Julai. Ini akan menjadi bahagian pertama daripada dua bahagian Mission: Impossible – Dead Reckoning, dengan Bahagian 2 akan ditayangkan pada tahun 2024.
Walaupun banyak francais filem cenderung berakhir dengan dua bahagian akhir, seperti Harry Potter dan Spider-Verse, pengarah francais Christopher McQuarrie telah menyatakan sebaliknya.
McQuarrie memberitahu Fandango bahawa Dead Reckoning Parts 1 dan 2 tidak akan menjadi penamat siri ini.
Beliau berkata mereka sudah mempunyai idea untuk apa yang akan berlaku seterusnya.
Variety pernah melaporkan bahawa siri dua bahagian Dead Reckoning akan menjadi filem terakhir Tom Cruise sebagai Ethan Hunt.
Ini bermakna walaupun francais Mission: Impossible akan diteruskan, ada kemungkinan Dead Reckoning akan penampilan terakhir Ethan, dengan filem berikut bakal menampilkan peneraju baharu.
Kedua-dua filem Dead Reckoning diarahkan oleh Christopher McQuarrie. Menyertai Tom Cruise dan Hayley Atwell, Mission: Impossible – Dead Reckoning menyaksikan kepulangan pelakon-pelakon asal yang terdiri daripada Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw), dan Henry Czerny (Ready or Not).
Filem akan datang turut menampilkan pendatang baru francais termasuklah Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales, yang menggantikan tempat Nicholas Hoult untuk peranan antagonis.