Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes


Para pengkritik filem antarabangsa mula mengeluarkan ulasan Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One, dan nampaknya majoriti dari mereka suka dengan filem aksi terbaru Tom Cruise itu.

Hasil semakan di Rotten Tomatoes, ansuran terbaru Mission: Impossible telah memperolehi rating hampir sempurna, iaitu 99 peratus. Lebih mengejutkan, sebanyak 148 ulasan telah diberikan oleh pengkritik, sekaligus menunjukkan filem terbaru itu benar-benar berjaya mendapat hati pengkritik. 

Di Metacritic, Dead Reckoning Part One mendapat label ‘mesti tonton’ dengan skor 81 dari 43 ulasan profesional. 

Mission: Impossible – Dead Reckoning akan dihasilkan dalam dua bahagian, dan kedua-dua filem itu diarahkan oleh Christopher McQuarrie.

Menyertai Tom Cruise dan Hayley Atwell, Mission: Impossible – Dead Reckoning menyaksikan kepulangan pelakon-pelakon asal yang terdiri daripada Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw), dan Henry Czerny (Ready or Not).


Filem akan datang turut menampilkan pendatang baru francais termasuklah Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales, yang menggantikan tempat Nicholas Hoult untuk peranan antagonis. 

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One akan ditayangkan di pawagam pada 12 Julai ini.


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Selepas Dead Reckoning 1 & 2, Akan Ada Mission: Impossible 9 & Seterusnya

Kakimuvee