Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan


Filem aksi terbaru Tom Cruise Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One mengambil-alih kedudukan pertama box office global pada minggu lalu dengan mengutip AS$235 juta seluruh dunia. 

Menurut Deadline, daripada kutipan tersebut, sebanyak AS$80 juta dikutip di pasaran domestik AS, manakala sebanyak AS$155 juta dikutip dipasaran antarabangsa. 

Dead Reckoning Part One dijangka mampu menyamai rekod kutipan filem terdahulu, Fallout yang mengutip AS$791 juta sepanjang tayangannya. Tambahan pula, prestasi baik Dead Reckoning Part One tidak termasuk pasaran Jepun, yang menyumbang hampir AS$50 juta dolar semasa tayangan Fallout pada 2018. 

Ansuran terbaru Mission: Impossible ini mendapat pujian pengkritik dan peminat dengan filem tersebut mendapat skor 96% dari 344 ulasan di Rotten Tomatoes, dan mendapat gred A di Cinemascore. 

Mission: Impossible – Dead Reckoning akan dihasilkan dalam dua bahagian, dan kedua-dua filem itu diarahkan oleh Christopher McQuarrie.


Menyertai Tom Cruise dan Hayley Atwell, Mission: Impossible – Dead Reckoning menyaksikan kepulangan pelakon-pelakon asal yang terdiri daripada Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw), dan Henry Czerny (Ready or Not).

Filem akan datang turut menampilkan pendatang baru francais termasuklah Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales, yang menggantikan tempat Nicholas Hoult untuk peranan antagonis. 

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Selepas Dead Reckoning 1 & 2, Akan Ada Mission: Impossible 9 & Seterusnya

Kakimuvee