Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Inside Out 2 Bakal Menampilkan Lebih Banyak ‘Emosi’


Inside Out 2 akan menambah lebih banyak emosi berbanding apa yang kita lihat dalam filem pertama. 

Sekuel kepada filem animasi Pixar tahun 2015, Inside Out, akan tiba dipawagam pada tahun hadapan. 

Filem pertama menampilkan lima emosi dalam kepala Riley Anderson: Joy, Sadness, Anger, Disgust dan Fear. 

Pete Docter, yang mengarahkan filem pertama serta animasi klasik Pixar seperti Up, Monster Inc., dan Soul, baru-baru ini telah kongsikan  butiran penting dalam filem akan datang. 

Untuk Inside Out, lebih banyak emosi akan dimasukkan,” kata Docter kepada Variety.


“Bukan hanya lima yang kita tonton dalam filem pertama. Pasukan pada satu itu menyusun cerita yang sangat hebat yang saya fikir juga mempunyai kedalaman dan makna yang sebenar. Jadi orang ramai pasti akan suka.”

Filem pertama adalah mengenai emosi seorang gadis muda bernama Riley ketika dia bergelut untuk mengatasi keluarganya yang berpindah dari rumah tempat dia dibesarkan.

Kelsey Mann akan mengarahkan Inside Out 2, dan Mark Nielsen berkhdimat sebagai penerbit, dengan Meg LeFauve menulis lakon layar.

Amy Poehler, Phyllis Smith dan Lewis Black akan menyuarakan kembali emosi Riley, iaitu Joy, Sadness dan Anger. Diane Lane akan menyuarakan suara Ibu Riley dalam filem animasi yang akan datang.

Inside Out 2 dijadualkan tayangan pada 14 Jun 2024


Related posts

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

The Flash Raih AS$139 Juta Pada Minggu Pembukaan, Elemental Flop Dengan Sekadar Mengutip AS$48 Juta

Kakimuvee

TOY STORY 5: Woody & Buzz Lightyear Akan Kembali Bersatu Dalam Ansuran Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Pixar Tampil Dengan Filem Animasi Penggembaran Terbaru Bertajuk ‘Elio’

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

LIGHTYEAR: Disney Tidak Bersetuju Dengan Arahan LPF Untuk Potong Adegan Yang Tidak Sepatutnya

Kakimuvee