Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Park Seo Joon Membintangi Filem Bencana ‘Concrete Utopia’


Gambar terbaru filem Korea Concrete Utopia telah didedahkan, memberikan pandangan pertama Park Seo Joon.

Berdasarkan secara longgar webtoon popular Joyful Outcast, Concrete Utopia adalah filem bencana thriller mengenai keadaan selepas gempa bumi yang dasyat. Filem ini akan mengikuti kisah yang bermula apabila mangsa yang terselamat berkumpul di Hwang Goong Apartments, satu-satunya bangunan yang teguh berdiri di Seoul selepas dilanda gempa bumi.

Park Seo Joon akan memainkan watak Min Sung, seorang pekerja yang dipilih untuk membantu Young Tak (Lee Byung Hun), yang merupakan ketua penduduk sementara Pangsapuri Hwang Goong, dan menjadi semakin berani apabila dia menghadapi krisis.

Park Seo Joon juga akan mempamerkan chemistry realistik pasangan suami isteri dengan Park Bo Young yang akan memainkan watak isteri Min Sung dan bekas jururawat Myung Hwa.

Dalam gambar yang baru dikeluarkan, pandangan Min Sung menunjukkan perasaan bercampur baur dan konflik dalamannya. 


Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah:

Concrete Utopia akan ditayangkan di Korea Selatan pada Ogos ini. 

TRAILER RASMI


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee