Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Permainan Video

Saksikan CG Pendek Yang Cukup Asyik Dari Permainan Video Star Wars: Squadrons


Lagi beberapa minggu sebelum perlancaran rasmi permainan video Star Wars: Squadrons, EA telah melancarkan video pendek berjudul “Hunted” yang akan memberi keterujaan yang tidak terhingga kepada peminat permainan video Star Wars. 

Video tersebut memaparkan kisah ‘origin’ salah seorang juruterbang yang akan menjadi salah satu karakter dalam permainan Star Wars: Squadrons. Visual yang cukup menarik ini dihasilkan Motive Studio dengan kerjasama Lucasfilm dan ILM. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 

Ditetapkan selepas peristiwa Return of the Jedi, plot permainan video ini membolehkan pemain memilih untuk menyertai Empire atau New Republic. Video dibawah mengikuti kisah juruterbang Imperial yang berperang dalam pertempuran di angkasa. Pertembungannya dengan Rebellion membawa pesawat tempurnya terhempas di sebuah planet. Walaupun tewas, dia bersumpah untuk memerangi musuh kepada Emperor sehabis mungkin.

Berikut adalah penerangan mengenai Star Wars: Squadrons:

“In a fateful campaign set near the conclusion of the Galactic Civil War, learn what it means to be a pilot in a thrilling Star Wars single-player story. The New Republic fights for freedom. The Empire demands order. We need you to join the galaxy’s finest.”


Star Wars: Squadrons boleh didapati mulai 2 Oktober di semua platform utama. Selain konsol biasa, permainan ini juga akan tersedia dalam VR di PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comingsoon.net

 


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee

Foto Terbaru “Indiana Jones 5” Menampilkan Gandingan Harrison Ford & Mads Mikkelsen

Kakimuvee

Animasi Pendek “Grogu” Dihasilkan Oleh Studio Ghibli

Kakimuvee