Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru No Time To Die Telah Dilancarkan

Walaupun terdapat pengumuman penangguhan beberapa filem berprofail tinggi seperti Wonder Woman 1984, Universal Pictures dan MGM masih komited untuk mengekalkan tarikh tayangan filem terbaru James Bond arahan Cary Joji Fukunaga, No Time To Die

Sehubungan dengan itu, satu poster terbaru telah dilancarkan pihak studio yang menampilkan Daniel Craig sebagai ejen ikonik 007, James Bond. Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah. 


No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri, No Time To Die akan menemui penonton pada 12 November ini.

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

Leave a Comment