Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Downey Jr. Bimbang Berlakon Sebagai Iron Man Selama Sedekad Menjejaskan Kemampuan Lakonannya


Kebanyakkan peminat filem lebih mengingati Robert Downey Jr. sebagai Iron Man berbanding watak-watak terkenalnya yang lain. 

RDJ telah memainkan peranan Tony Stark/Iron Man sejak filem pertama MCU, Iron Man pada 2008 sehinggalah Avengers: Endgame pada 2019, dan walaupun peranannya itu mengembalikan sinar pada karier lakonannya, pelakon itu tetap memiliki sedikit perasaan bimbang. 

Bercakap kepada The New York Times, Robert Downey Jr. bimbang lakonannya sebagai Iron Man dalam MCU selama sedekad akan menjejaskan kebolehan lakonannya. 

“Anda mula tertanya-tanya sama ada otot-otot masih belum menyusut.” ujar beliau kepada wartawan mengenai risiko memainkan watak yang sama selama sedekad. 

Apabila ditanya sama ada dia bimbang lakonannya sebagai Iron Man selama 12 tahun akan memberi kesan pada mutu lakonannya, Downey Jr. menjawab, “Ya. 100%, dan saya tahu ada satu tahap di mana Christopher Nolan menyokongnya, mari kita latih otot-otot yang lain itu, tetapi mari lakukannya sambil membuatkan anda tidak melakukan perkara sudah biasa.”


Downey Jr. menyifatkan “pekara biasa” adalah seperti “bercakap cepat, menawan, tidak dapat diramalkan dan lain-lain.”

Ini mengisyaratkan bahawa penonton tidak akan melihat lakonan tipikalnya ala Tony Stark dalam filem thriller sejarah Oppenheimer arahan Christopher Nolan yang akan datang. 

Pelakon itu akan memainkan watak Lewis Strauss, iaitu seorang tokoh utama dalam pembangunan senjata nuklear.  

Oppenheimer menampilkan Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, dan dia akan dibantu pelakon-pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual yang hebat daripada Nolan.

Thriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,”menurut logline

Filem terbaru terbitan Universal Pictures itu akan menemui penonton pada 21 Julai ini.


Related posts

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee