Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Wonka Papar Timothée Chalamet Sebagai Willy Wonka Sewaktu Muda


Warner Bros. telah mengeluarkan trailer filem Wonka yang akan datang yang menampilkan Timothée Chalamet sebagai Willy Wonka. Ditetapkan tayangan pada 15 Disember 2023, filem ini berdasarkan buku Road Dahl, dan berfungsi sebagai prekuel yang menunjukkan bagaimana Willy Wonka bertemu Oompa-Loompa

Anda boleh tonton trailer dibawah:

Berdasarkan karakter yang dicipta oleh Roald Dahl, Wonka akan memberi tumpuan pada zaman muda Willy Wonka dan pengembaraannya sebelum membuka kilang coklat yang paling terkenal di dunia. Filem ini menjadi adaptasi Charlie dan Chocolate Factory pertama yang tidak akan menampilkan Charlie Bucket.

Filem ini dibarisi pelakon seperti  Hugh Grant, Rowan Atkinson, Matthew Baynton, Jim Carter, Olivia Colman, Tom Davis, Simon Farnaby, Rich Fulcher, Sally Hawkins, Kobna Holdbrook-Smith, Paterson Joseph, Keegan-Michael Key, Calah Lane, Matt Lucas, Colin O’Brien, Natasha Rothwell, Rakhee Thakrar, dan Ellie White

Wonka diarahkan oleh Paul King (Paddington, The Mighty Boosh), yang turut menulis lakonlayar bersama Simon Farnaby



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee