Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot TempatanStreaming

Drama Adaptasi Novel ‘I Love You, Stupid!’ Kini Boleh Di Strim Secara Eksklusif di Viu


Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW bakal menayangkan siri melodrama romantik terbaru bertajuk I Love You, Stupid!. Drama 40 episod ini akan ditayangkan bermula 12 Julai 2023 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu secara eksklusif hanya di aplikasi Viu. 

Drama yang diadaptasi dari novel terkenal karya Melur Jelita ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin dan juga Lisdawati. 

I Love You, Stupid! mengisahkan tentang Iris Nur, seorang wanita cerdas yang mempunyai peraturannya sendiri dalam menjalani kehidupan walaupun perlu mengorbankan orang lain. Ini termasuk seorang pegawai yang tersalah tuduh selepas Iris gagal menggoda pegawai tersebut untuk mengelak daripada disaman.

Berazam untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya, Iris menerima pelawaan dari teman lelakinya, Aidan untuk menyertai misi kemanusiaan di sebuah kampung di kawasan pedalaman. Tanpa disedari oleh yang lain, motif sebenar Iris menyertai misi itu adalah untuk membantu mendapatkan semula anak kepada kawan baiknya. 

Langgan Viu Premium untuk menonton episod terkini I Love You, Stupid! dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan. Muat turun aplikasi Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web  www.viu.com.   



Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee