Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global


Filem arahan Greta Gerwig dan Christopher Nolan terus mendominasi box office global!

Kedua-dua filemĀ BarbieĀ danĀ OppenheimerĀ terus menarik pengunjung panggung wayang pada minggu kedua tayangannya.

Menurut Deadline filem berwarna merah jambu terbitan Warner Bros. telah menambah AS$93 juta dolar di pasaran domestik AS, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak AS$351 juta. Di pasaran antarabangsa, filem tersebut kini mengutip AS$774 juta, dan berpotensi mengutip lebih AS$1 billion pada hari terakhir tayangan pawagamnya.Ā 

Sementara itu, filem biopik terbitan Universal OppenheimerĀ turut menunjukkan penguasaannya pada minggu kedua dengan mengutip AS$46 juta, menjadikan jumlah terkumpul di pasaran domestik AS sebanyak AS$173.6 juta.Ā 

Di pasaran antarabangsa, filem ‘R-rated’ Nolan itu telah mengumpul AS$400 juta, satu pencapaian yang cukup baik, lebih-lebih lagi filem tersebut diberi penarafan untuk penonton dewasa.Ā 


Sementara itu, dua filem seram menunjukkan prestasi baik pada minggu pembukaannya. Filem seram mesra-keluarga Disney Haunted MansionĀ telah mengutip AS$33 juta seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya. Dari jumlah tersebut, sebanyak AS$22 juta dikutip dari pasaran domestik AS.Ā 

Filem seram A24 Talk to MeĀ berjaya mengatasi bajet pembikinan sekitar AS$4.5 juta apabila dengan mudah mengutip AS$10 juta pada minggu pertama tayangannya.Ā 

Ā 

Related posts

Talk to Me Menjadi Filem Seram Terbitan Studio A24 Paling Laris Setakat Ini

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee

A24 Bangunkan Sekuel ‘Talk to Me’

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Barbie (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Talk To Me (2022)

Kakimuvee