Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain


Hanya kerana anda seorang pembikin filem terkemuka, tidak bermakna anda juga tidak boleh menyukai filem-filem mainstream yang lain.

Pengarah Christopher Nolan sememangnya terkenal dengan filem-filem berkualiti tinggi, yang membuatkan penonton terpukau dengan hasil kerjanya. 

Namun, pengarah itu mengakui bahawa dia juga menonton filem-filem dari pengarah lain. Ketika bercakap kepada THR (melalui worldofreel), Nolan berkata dia menonton filem Love Actually setiap Krismas, dan menikmati francais Fast & Furious. 

Emily Blunt juga mendedahkan bahawa Nolan menonton setiap filem, dan setiap genre, dan juga tidak pernah bercakap buruk tentang filem lain. 

“Dia menonton setiap filem, setiap jenis genre,” kata Blunt.


“Dan anda tidak pernah mendengar dia bercakap buruk tentang filem orang lain. Dia tahu betapa sukarnya mengarah filem yang hebat.”

Tiga tahun yang lalu, Nolan pernah mengakui bahawa dia “sangat tersentuh” dengan filem Tokyo Drift.

Jika anda pernah ingat, Nolan pernah memuji filem Man of Steel arahan Zack Snyder 10 tahun yang lalu. 

“Saya percaya bahawa apa yang telah dilakukan oleh Zack dalam Man of Steel akan menentukan Superman untuk zaman kita. […] Saya telah melihat banyak seni konsep pada zaman saya.”

“Tetapi saya jarang melihat kehebatan fokus visual seperti itu. Dan saya jarang melihat imejan hebat sedemikian dapat diterjemahkan ke skrin. Tetapi itulah yang Zack lakukan.”

Christopher Nolan bakal tampil dengan filem terbaru Oppenheimer yang akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 20 Julai 2023. 


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee