Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan


Minggu yang cukup menarik buat peminat filem, genre berbeza, tona yang berlainan, tetapi kaki-kaki wayang seluruh dunia sanggup mengeluarkan lebih wang untuk membeli dua tiket filem blockbuster yang bersaing pada tarikh tayangan yang sama.

Filem komedi arahan Greta Gerwig Barbie dan filem biopik dari pengarah tersohor Christopher Nolan, Oppenheimer nampaknya menepati ramalan walaupun filem itu perlu bersaing antara satu sama lain. 

Barbie melepasi jangkaan penganalisis apabila mengutip AS$155 juta selama tiga hari tayangannya di pasaran AS, sekaligus menjadi filem yang mendapat kutipan pembukaan terbesar pada tahun ini, mengatasi filem animasi The Super Mario Bros. 

Bukan itu sahaja, menurut Deadline, filem yang diterajui Margot Robbie dan Ryan Gosling itu turut mengutip AS$182 juta di 82 pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan pada minggu pembukaan sebanyak AS$337 juta. 

Menurut laman itu lagi, seramai 71% penonton Barbie adalah terdiri daripada golongan wanita. 


Di spektrum yang berlainan, filem R-rated Nolan, Oppenheimer turut meletup di pawagam apabila mengutip AS$80.5 pada minggun pertama tayangannya di pasaran domestik AS. Di pasaran antarabangsa, Oppenheimer membuka tayangannya dengan kutipan AS$93.7 juta di 78 pasaran, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak AS$174.3 juta.

Lebih menarik, seramai 65% penonton Oppenheimer adalah golongan lelaki. 

Sumber: Deadline


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Sekuel ’28 Days Later’ Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Barbie (2023)

Kakimuvee