Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Djinn (2021)


Sebuah produksi dari Hollywood kali ini membawakan kita semua satu lagi naskhah seram yang agak menarik diberi tajuk The Djinn. Sepintas lalu ia seolah olah filem seram dari Turki namun tidak.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang bapa yang mempunyai seorang anak bernama Dylan. Dylan merupakan seorang kanak – kanak bisu. Mereka baru sahaja berpindah ke sebuah rumah dan pada suatu malam, Dylan telah menjumpai sebuah buku misteri yang mana di dalam buku tersebut mengandungi pelbagai jampi termasuklah jampi untuk menunaikan hajat. Dylan kemudiannya membaca dan menunaikan ritual yang tercatat pada helaian jampi menunaikan hajat itu. Menggunakan darahnya sendiri, lilin dan cermin ritual tersebut telah dilangsungkan ketika bapanya keluar bekerja.

Tanpa disedari, seekor Jin telah menjelma daripada buku tersebut dan untuk memastikan hajat Dylan tertunai, Dylan harus selamat pada saat Jin tersebut menjelma dan berusaha daripada dibunuh oleh Jin tersebut. Segalanya bermula pada satu detik ketika Dylan mencari alat inhalernya. Bermula pada detik itu, Dylan cuba untuk meloloskan diri daripada diserkup dan dibunuh oleh Jin tersebut walaupun mungkin ada diantara usahanya itu sedikit kelakar namun ia mungkin akan terjadi sekiranya kita berada di tempat Dylan.

Pihak produksi dilihat begitu komited dalam memastikan rasa seram dan takut konsisten kepada diri penonton. Suasana seram itu dibina perlahan lahan dan berjaya dikekalkan pada paras yang tinggi untuk satu satu ketika. Sesungguhnya secara jujurnya sewaktu menonton filem ini saya menontonnya dalam keadaan bilik yang terang benderang sebelum jam 12 malam dan ternyata rasa seram dan takut itu sampai sehinggakan terasa panas di bahagian muka dek kerana debaran menonton filem ini. Berbeza ketika menonton sebuah filem seram pada minggu lalu pada jam 2 pagi dalam keadaan bilik gelap dan tingkap terbuka. Tiada rasa seram.

Lakonan Ezra Dewey yang membawa watak Dylan juga selayaknya dipuji kerana berjaya membawanya dengan begitu baik sekali dan secara tidak langsung menghidupkan sedikit aspek realiti dalam filem ini sendiri.


Secara keseluruhannya, filem The Djinn ini adalah sebuah filem seram yang berbaloi untuk ditonton dan semestinya akan membuatkan hormon anda mencanak naik bagi sesetengah penonton.

The Djinn boleh didapati secara on demand di Prime Video dan Playstore.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee