Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Park Seo Joon Bakal Bintangi Sekuel Captain Marvel

Beberapa sumber melaporkan bahawa pelakon terkenal Korea Park Seo-joon mungkin akan menyertai dengan Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menurut Soompi (via The Sun), sumber industeri mendedahkan bahawa Park mungkin membintangi filem The Marvel, sekuel kepada filem hit tahun 2019, Captain Marvel. 

The Marvel, yang dibintangi pemenang Oscar Brie Larson, dijadualkan tayangan pada 11 November 2022 di Amerika Syarikat dan akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. 

Bintang Itaewon Class itu dikatakan akan pergi ke AS pada Julai ini untuk menjadi penggambaran filem terbaru MCU. 

Park, yang pernah membawa peranan kecil dalam filem Parasite, sedang menjalani penggambaran filem bencana thriller bertajuk Concrete Utopia disamping Lee Byung-hun dan Park Bo-young.

Sementara itu, agensi Park, Awesome ENT tidak memberi sebarang komen mengenai penglibatannya dalam filem The Marvel. 

The Marvel diarahkan oleh Nia DeCosta dan turut dibintangi Teyonah Paris sebagai Monica Rambeau dan Iman Vellani sebagai Kamala Khan / Ms. Marvel. 

Seorang lagi pelakon Korea, Ma Dong-seok bakal muncul dalam filem terbaru Marvel, Eternals pada penghujung tahun ini.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment