Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Maanaadu (2021)


Sebuah filem Kollywood yang mengisahkan tentang seorang remaja bernama Abdul Khaliq yang terperangkap dalam satu rancangan jahat seorang ahli Jemaah menteri untuk membunuh Ketua Menteri mereka. Filem ini merupakan arahan dan hasil tulisan Venkat Prabhu di bawah V House Productions. Mula ditayangkan pada 25 November 2021. Dibintangi oleh  Silambarasan, S. J. Suryah dan Kalyani Priyadarshan S. A. Chandrasekhar.

Sepintas lalu, filem ini sama sepertimana filem filem aksi yang lain iaitu seorang hero yang terlibat dalam konspirasi pihak ketiga dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Namun apa yang menariknya di dalam filem pada kali ini adalah pihak produksi menggunakan konsep gelung masa.

Watak hero terperangkap dalam gelung masa yang sama setiap kali dia mati. Ya kedengaran sangat terbiasa bagi kita sepertimana filem Groundhog Day, Happy Death Day, Happy Death Day 2U, Edge Of Tomorrow dan A Day mahupun TENET. Pihak produksi dilihat begitu enak bermain dengan pemikiran penonton menggunakan konsep masa yang digunakan dalam filem ini.

Segala – galanya bermula pada detik watak utama terlibat dalam satu kemalangan dimana dia telah melanggar seorang lelaki yang dikenali nama Rafiq di sebuah jalan dalam perjalanannya menghantar rakkannya ke jabatan pendaftaran perkahwinan. Bermula daripada situ, Khaliq telah dibawa oleh pihak polis ke sebuah tempat dan akhirnya beliau dipaksa menjadi umpan kepada satu rancangan pembunuhan terancang Ketua Menteri di sebuah majlis yang dihadiri oleh berpuluh ribu rakyat di negeri tersebut.

Khaliq akhirnya terbunuh setelah beliau dijadikan umpan setelah membunuh Ketua Menteri. Dalam kekeliruan terperangkap dalam gelung masa itu, Khaliq akhirnya berjaya menemukan cara terbaik untuk menghalang peristiwa pembunuhan Ketua Menteri dan untuk dia keluar daripada gelung masa itu.


Plot penceritaan menjadi lebih menarik apabila penjahat dalam filem ini turut terperangkap di dalam gelung masa bersama sama Khaliq dan akhirnya penjahat tersebut memiliki kelebihan (upper hand) daripada peristiwa gelung masa ini dan membatalkan setiap perancangan Khaliq.

Filem ini merupakan sebuah filem yang sangat menarik ditonton kerana penggunaan konsep gelung masa yang lain daripada yang lain dengan memberikan juga peristiwa gelung masa kepada penjahat tidak sepertimana filem filem sebelum ini yang kita ketahui.

Selain itu, terdapat juga momen di mana boleh dianggap sebagai pemecah tembok keempat (breaking the 4th wall). Dalam babak ini, pelakon menyebut hampir kesemua filem filem yang mungkin terlintas dalam fikiran penonton sepertimana yang telah dinyatakan di atas.

Filem ini menawarkan kepuasan kepada para penonton dengan menontonnya sendiri di pawagam. Tidak cukup hanya dengan review ini sahaja. Maanaadu masih ditayangkan di pawagam terpilih sekarang.

Rating Kakimuvee

4.5/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee