Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Money Heist, atau La Casa De Papel, mungkin sedang menuju ke pengakhiran, tetapi Netflix masih belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal pada francais itu apabila mereka mengumumkan siri spin-off bertajuk Berlin. 

Menurut laporan terbaru daripada Deadline, siri ini akan berpusat di sekitar Berlin — juga dikenali sebagai Andrés de Fonollosa — watak popular yang dilakonkan oleh Pedro Alonso. Berlin ditetapkan untuk dilancarkan pada 2023, dengan tidak banyak butiran lain yang diketahui. Dalam Money Heist, Berlin ialah ketua kedua dalam rompakan di Royal Mint of Spain dan turut merancang rompakan Bank of Spain.

Pengumuman itu dibuat sebelum tayangan siri finale Money Heist. Selepas lima musim keudara, lima episod terakhir Musim 5 Bab. 2 akan dilancarkan di Netflix pada 3 Disember 2021. 

Money Heist dibintangi pelakon seperti Álvaro Morte, Úrsula Corberó, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Darko Perić, dan Paco Tous. Ia juga menampilkan Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peros, Belen Cuesta, Fernando Cayo, dan Enrique Arce. Musim Ke-5 turut memperkenalkan barisan pelakon baru seperti Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criado.

Álex Pina mencipta siri popular ini dan turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Sonia Martínez, Jesús Colmenar, Esther Martínez Lobato dan Nacho Manubens.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment