Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi


Sumber gambar: Soompi

Drama tvN Jirisan terus mengekalkan kedudukan pertama.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), Jirisan telah memperoleh rating 8.1 peratus untuk episod terbaru, dan mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel. Selain itu juga, ia turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel dalam kalangan demografi utama penonton berumur 20 hingga 49, dengan memperoleh purata rating 4.0 peratus.

Sementara itu, drama OCN Chimera berjaya mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang tayangannya. Episod terbaru drama misteri thriller lakonan Park Hae Soo dan Claudia Kim itu telah memperoleh purata rating 2.1 peratus untuk episod terbarunya. 

Untuk drama-drama lain, episod keempat drama Let Me Be Your Knight menyaksikan penyusutan rating ke tahap 1.2 peratus, manakala drama hit KBS 2TV Young Lady and Gentlemen meneruskan penguasaan pada siaran hari Ahad dengan memperoleh purata rating 31.3 peratus. 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee