Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Reaksi Awal A QUIET PLACE: PART II, Sifatkan Sebagai Sekuel Yang Kreatif & Penuh “Suspense”!


Filem sekuel A Quiet Place: Part II bakal menemui penonton 20 Mac ini, tetapi Paramount Pictures telah membuka peluang kepada media di Amerika Syarikat untuk menghadiri tayangan awal. Sehubungan itu, beberapa reaksi telah mula tersebar di media sosial Twitter, dan rata-rata mereka memuji filem arahan John Kransinsi itu serta menyifatkan sekuel kali kali ini sama hebat dengan filem pertama. Anda boleh saksikan reaksi mereka yang kami kongsikan dibawah.

https://twitter.com/katerbland/status/1235752039776497667?s=20

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.


Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place: Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee