Berita

Dwayne Johnson Kongsikan Gambar Pertamanya Untuk Filem Netflix RED NOTICE

Views

Menerusi laman Instagram rasmi, aktor Dwayne Johnson telah kongsikan gambar pertamanya sebagai Ejen Interpool dalam filem terbarunya, Red Notice. Anda boleh saksikan gambar Johnson yang penuh segak bergaya dibawah.

Red Notice merupakan filem aksi komedi yang turut dibintangi Gal Gadot dan Ryan Reynolds. Dwayne Johnson akan memainkan peranan sebagai Ejen Interpool yang mahu menangkap pencuri karya seni yang paling dikehendaki di dunia. ‘Red Notice’ merujuk kepada notis paling utama yang dikeluarkan Interpol dalam menangkap penjenayah yang paling dikehendaki.

Rawson Marshall Thurber akan menjadi pengarah dan penulis skrip untuk filem terbaru Netflix iniUntuk info Red Notice menjadi kolaborasi ketiga diantara Dwayne Johnson dan Marshall Thurber selepas mereka berdua bekerjasama dalam filem Central Intelligence dan Skyscraper. 

Setakat ini, watak lakonan Gal Gadot dan Ryan Reynolds masih lagi tidak diketahui, Netflix juga masih belum mendedahkan tarikh siaran Red Notice. 

Tinggalkan Balasan

shares