Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’


Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer pertama Paw Patrol: The Mighty Movie, filem animasi spin-off dari siri popular Nickelodeon. Trailer itu juga turut mendedahkan tarikh tayangan filem tersebut, iaitu pada 29 September 2023, dua tahun lepas debut filem pertama.

Trailer yang baru dikeluarkan itu menampilkan kepulangan krew anak anjing comel kegemaran ramai ketika mereka memperolehi kuasa luarbiasa selepas meteor magik terhempas di Adventure City. The Mighty Pups mesti berhadapan dengan penjahat super yang merancang untuk merampas kuasa mereka.

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Paw Patrol: The Mighty Movie diarahkan oleh Cal Brunker daripada skrip yang ditulis olehnya bersama Bob Barlen, berdasarkan cerita oleh Brunker, Barlen, dan Shane Morris.

Filem ini menampilkan pelakon suara esembel termasuk Mckenna Grace sebagai Skye, Taraji P. Henson sebagai Victoria Vance, Marsai Martin sebagai Liberty, Christian Convery sebagai Chase, Ron Pardo sebagai Datuk Bandar Humdinger/ Cap’n Turbot, Kim Kardashian sebagai Delores, North West sebagai Mini, Finn Lee-Epp sebagai Ryder, Alan Kim sebagai Nano, Christian Corrao sebagai Marshall, Luxton Handspiker sebagai Rubble, Nylan Parthipan sebagai Zuma, Callum Shoniker sebagai Rocky, dan Brice Gonzalez sebagai Tot.


Selain itu, Chris Rock, Lil Rel Howery, Serena Williams, Saint West, James Marsden, dan Kristen Bell turut menyumbang suara cameo dalam sekuel kali ini. 

Sinopsis: 

“Apabila meteor ajaib terhempas di Adventure City, ia memberikan kuasa super kepada PAW Patrol, mengubah mereka menjadi The MIGHTY PUPS! Bagi Skye, ahli terkecil dalam pasukan, kuasa baharunya adalah impian yang menjadi kenyataan,”

“Tetapi keadaan berubah menjadi lebih buruk apabila musuh ketat anak anjing itu, Humdinger, keluar dari penjara dan bekerjasama dengan Victoria Vance, seorang saintis gila yang obses dengan meteor, untuk mencuri kuasa super dan mengubah diri mereka menjadi penjahat super.”

“Dengan nasib Adventure City yang bergantung pada keseimbangan, Mighty Pups perlu menghentikan penjahat super sebelum terlambat, dan Skye perlu mengetahui bahawa anak anjing yang paling kecil pun boleh membuat perbezaan terbesar.”

Paw Patrol: The Mighty Movie akan ditayangkan pada 29 September 2023


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee