Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’


Paramount Pictures telah mengumumkan durasi tayangan rasmi untuk ansuran ketujuh francais aksi blockbuster Mission: Impossible – Dead Reckoning Part 1. 

Menurut IGN, filem yang diterajui Tom Cruise itu memiliki durasi tayangan 2 jam 36 minit, menjadikannya durasi paling panjang dalam francais Mission: Impossible setakat ini, dan sembilan minit lebih lama berbanding filem tahun 2018, Mission: Impossible – Fallout.

Mission: Impossible – Dead Reckoning akan terbahagi kepada dua bahagian dengan filem pertama akan ditayangkan pada 12 Julai 2023, diikuti bahagian kedua yang akan ditayangkan pada 28 Jun 2024. 

Kedua-dua filem itu diarahkan oleh Christopher McQuarrie. Menyertai Tom Cruise dan Hayley Atwell, Mission: Impossible – Dead Reckoning menyaksikan kepulangan pelakon-pelakon asal yang terdiri daripada Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw), dan Henry Czerny (Ready or Not).

Filem akan datang turut menampilkan pendatang baru francais termasuklah Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales, yang menggantikan tempat Nicholas Hoult untuk peranan antagonis. 



Related posts

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee