Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

ONWARD Atasi THE INVISIBLE MAN Untuk Kuasai Carta Box Office


Pixar sekali lagi menguasai tangga pertama carta Box Office minggu pertama tayangan menerusi filem animasi Onward yang meraih $40 juga dolar dipasaran domestik AS. Bagaimanapun, kutipan antarabangsa gagal memberi pulangan yang diharapkan apabila hanya mampu mengutip $28 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $68 juta dolar.

Jatuh ditangga kedua adalah filem seram terbaru Universal The Invisible Man yang menambah $15.1 juta dolar dipasaran domestik AS, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $98.2 juta dolar. The Invisible Man dihasilkan dengan modal hanya $7 juta dolar, tidak termasuk kos promosi.

Untuk filem-filem lain, filem sukan drama terbitan Warner Bros. The Way Back lakonan Ben Affleck gagal mencapai sasaran kutipan apabila hanya mampu meraih $8.5 juta dolar, berbandingan sasaran itu $20 juta dolar. Manakala filem adaptasi permainan video terbitan Paramount Pictures, Sonic the Hedgehog jatuh ketangga keempat dengan penambahan kutipan sebanyak $7.9 juta dolar. Sonic the Hedgehog kini telah mengumpul $295.6 juta dolar.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee