Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime


Paramount Pictures telah mendedahkan satu lagi video terbaru Transformers: Rise of the Beasts.

Filem aksi yang dinantikan itu jadualkan tayangan di pawagam pada 9 Jun ini. 

Video terbaru itu menyoroti legasi Peter Cullen sebagai pelakon suara Optimus Prime. Ia memaparkan ulasan daripada Cullen, ketika dia mengimbau uji bakat pertamanya yang monumental sebagai ketua Autobots. Penghibur legenda itu memulakan kariernya sebagai Optimus Prime semasa siri pertama Transformers.

Anda boleh tonton video terbaru itu dibawah:

Transformers: Rise of the Beasts diterajui oleh pengarah Creed II Steven Caple Jr. daripada lakon layar yang ditulis oleh Joby Harold. Ia dibintangi oleh Anthony Ramos, Dominique Fishback, Peter Cullen, Michelle Yeoh, Pete Davidson, Ron Perlman, Peter Dinklage dan banyak lagi.


“Kembali ke aksi dan paparan yang menarik perhatian penonton wayang di seluruh dunia, Transformers: Rise of the Beasts akan membawa penonton pada pengembaraan globetrotting tahun 90-an dan memperkenalkan Maximals, Predacons dan Terrorcons kepada pertempuran sedia ada di bumi antara Autobots dan Decepticons, ” menurut sinopsis.

Filem terbaru Transformers ini akan ditayangkan pada 9 Jun 2023


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Optimus Prime Berhadapan Dengan Maximals Dalam Klip Terbaru “Transformers: Rise of the Beasts”

Kakimuvee