Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Pandangan Pertama Darth Vader Dalam Siri Disney+ “Obi-Wan Kenobi”


Semasa penghujung trailer Obi-Wan Kenobi, kedengaran suara jauh yang dikenali peminat Star Wars, mengisyaratkan kepulangan Darth Vader, dan kini, Entertainment Weekly telah memberikan kepada kita pandangan pertama penjahat ikonik itu dalam siri terbaru Star Wars Disney+ yang akan datang. 

Pandangan pertama eksklusif Darth Vader mengesahkan apa yang diketahui peminat, bahawa Hayden Christensen akan kembali sebagai Anakin Skywalker, Jedi Padawan yang berubah menjadi Sith Lord dam melawan bekas mentor yang juga rakan baiknya, Obi-Wan Kenobi.

Dalam temubual dengan Entertainment Weekly, Christensen juga mengusik penampilannya, mengatakan bahawa dia “bersumpah untuk merahsiakan” tentang apa yang akan dia lakukan dalam siri akan datang, sambil berkata, “kita akan melihat Vader yang sangat berkuasa.”

Anda boleh melihat pandangan pertama Darth Vader untuk siri Obi-Wan Kenobi dibawah:

Obi-Wan Kenobi diterajui Ewan McGregor yang kembali mengulangi watak ikonik Jedi Master Obi-Wan Kenbobi. Dia turut disertai


Moses Ingram (The Queen’s Gambit), Joel Edgerton (Star Wars: Episod II – Attack of the Clones, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Bonnie Piesse (Star Wars: Episod II – Attack of the Klon, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Kumail Nanjiani (Eternals), Indira Varma (Game of Thrones), Rupert Friend (Homeland), O’Shea Jackson Jr. (Godzilla: King of the Monsters), Sung Kang (F9: The Fast Saga), Simone Kessell (Of Kings and Prophets), dan Benny Safdie (Uncut Gems).

Kisah siri ini bermula 10 tahun selepas peristiwa dramatik Star Wars: Revenge of the Sith di mana Obi-Wan Kenobi menghadapi kekalahan terbesarnya – kejatuhan dan pengkhianatan rakan baiknya, yang juga perintis Jedi, Anakin Skywalker, yang beralih ke sisi gelap sebagai Sith Lord Darth Vader.  

Siri terhad ini diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, Michelle Rejwan, Deborah Chow, Ewan McGregor, dan Joby Harold manakala Deborah Chow sebagai pengarah dari lakon layar yang ditulis oleh Joby Harold.

Obi-Wan Kenobi akan membuat debut di Disney+ Hotstar pada 25 Mei 2022.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee