
Tahun lalu, semasa sambutan Disney+ Day, sekilas penggoda dari siri Marvel Studios She-Hulk telah dilancarkan, dimana kita dapat melihat padangan pertama Tatiana Maslany sebagai Jennifer Walters. Penggoda itu juta turut menampilkan ‘sneak peek’ transformasinya sebagai Jade Giant, yang hanya bahagian belakangnya sahaja.
Kini, beberapa seni promo She-Hulk telah muncul diatas talian, yang menampilkan transformasi penuh Maslany sebagai She-Hulk.
Seni promo itu hadir sebagai barang dagangan rasmi yang tersenarai dalam laman jualan atas taian Amazon. Bagaimanapun, penyenaraian produk Thermos bagaimanapun dibuang dari laman tersebut, di mana ia berkemungkinan tidak bermaksud untuk dikeluarkan lebih awal.
Mujur tidak pantas beberapa peminat membolehkan kita melihat seni promo She-Hulk yang menampilkan Maslany sebagai watak utama. Anda boleh lihatnya dibawah:
#BREAKING: 🚨 We may have just got our first official look at Tatiana Maslany’s She-Hulk! pic.twitter.com/akBb6pat7Z
— She Hulk Updates (@shehuIkupdates) March 10, 2022
#BREAKING: 🚨 Concept art of Tatiana Maslany’s She-Hulk! pic.twitter.com/PwnesLEEto
— She Hulk Updates (@shehuIkupdates) March 10, 2022
Siri yang berkonsepkan perundangan komedi ini akan mengandungi 10 episod dengan setiap satunya berdurasi 30 minit. Turut menyertai barisan pelakon adalah Jameela Jamil, Tim Roth, Ginger Gonzaga, Renée Elise Goldsberry dan Josh Segarra. Projek ini telah tertunda beberapa kali sebelum memulakan penggambaran pada April dan selesai pada Ogos yang lalu.
She-Hulk pertama kali diperkenalkan dalam Marvel Comic “Savage She-Hulk” #1 pada 1980, dicipta oleh penulis Stan Lee dan artis oleh John Buscema. Alter egonya adalah Jennifer Walters, sepupu kepada Bruce Banner/Hulk, yang telah menerima darah dari Bruce selepas ditembak, mengakibatkan dia memiliki kebolehan untuk bertukar menjadi Jadi Giant, sama seperti sepupunya.
Jessica Gao, penulis episod “Pickle Rick” dalam musim ketiga Rick and Morty, mengetuai barisan pelakon She-Hulk, manakala Kat Cairo (Brooklyn Nine-Nine, Dead to Me) dan Anu Valia sebagai pengarah serta penerbit ekskutif.