Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Owen Wilson Bakal Bawa Utama Dalam Siri Marvel Disney+ LOKI


Bekas calon Oscar Owen Wilson akan menyertai barisan pelakon siri Marvel Disney+ Loki, laporan laman ComicBook.com. Setakat karakter yang bakal dibawah oleh pelakon tersebut masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar dia akan memainkan peranan utama dalam siri itu nanti.

Wilson menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Tom Hiddleston yang meneruskan watak ikoniknya, Loki dan Sophia Di Martino yang mana wataknya juga masih lagi tidak didedahkan pihak studio.

Kevin Feige sebelum ini pernah mendedahkan bahawa siri Loki akan mempunyai hubungkait dengan filem sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Bagaimanapun, presiden Marvel Studios itu tidak mengesahkan samaada Hiddleston akan membuat kemunculan dalam sekuel Doctor Strange ataupun tidak.

Penulis Rick and Morty, Michael Waldron dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip siri Loki, manakala Kate Herron dilaporkan akan menjadi pengarah.

Butiran lanjut mengenai siri akan datang masih lagi tidak didedahkan, tetapi Hiddleston memberi petunjuk kepada peminat bahawa karakternya akan menggunakan Tesseract untuk mencetuskan lebih banyak huru-hara. Berdasarkan beberapa khabar angin, Loki akan membawa penonton mengembara menerusi masa, pergi ke peristiwa bersejarah dan akan mempengaruhi sejumlah besar Marvel Cinematic Universe.


Loki dijangka akan ditayangkan di laman penstriman Disney+ pada penghujung musim bunga 2021.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee